BABI YANG TAK HABIS DI MELAKA

Masalah babi di Melaka adalah Masalah Alam Sekitar,tetapi telah di politikkan oleh parti politik, Saya sebagai penduduk tetap Kuala Sungai Baru mencabar mana mana Pemimpin Parti Politik supaya membina rumah di tepi sungai Paya Mengkuang dan hadapi masalahnya atau pun tinggal di ladang ternakan babi dan cuba hadapi apa yang kami,penduduk Kuala Sungai Baru hadapi.tak kira dari Umno,Pas,Pkr,Mca,Dap,Mic atau mana mana orang yang tidak memahami masalah kami sebagai penduduk di Kuala Sungai Baru,sila sahut cabaran kami sekiranya anda berani….

Masalah yang kami hadapi adalah masalah yang telah wujud lebih 50 tahun dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Pusat hanyalah berdiam diri,Parti Pembangkang pulak yang banyak terdiri dari Dap cuba berlagak hero,membantu Perternak Babi….Apa kata saya syorkan supaya Kerajaan Negeri membuat Rumah Tumpangan di Tepi Kandang Babi dan minta Ahli Parlimen semua bercuti disana dalam tempoh 2 hari dan anda akan faham masalah kami!!!

Apa yang kami perlukan pembelaan bukan penganiayaan.sekiranya ingin teruskan perladangan babi buat lah di tempat majoritinya pemakan Babi atau orang yang tak kisah rumah disebelah atau berhampiran dengan Babi bukan di kawasan persekitarannya orang Islam yang haram menyentuh babi atau memakannya..

SOALAN  INI SAYA TUJUKAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN PARTI POLITIK BERDASAR  PARTI…SEKIRANYA TUAN PUAN ADA HATI,SILA LAH JAWAP..TAK KISAH KALAU BUKAN PEMIMPIN,PENYOKONG KUAT PUN SILA LAH JAWAP..

UMNO

1)KENAPA BABI MASIH DIBENARKAN DI KUALA SUNGAI BARU SEDANGKAN ISU INI TELAH BERLANJUTAN SELAMA 50 TAHUN….??KENAPA PERLADANGAN BABI TIADA TINDAKAN

2)KENAPA BANYAK MASALAH DAN RAYUAN TELAH DITUJUKAN PADA KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT TIDAK DIENDAHKAN?

3)KENAPA JANJI-JANJI PENUTUPAN DAN PERMINDAHAN YANG DITABURKAN TIDAK DITUNAIKAN?

PAS

1)MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM,PENDUDUK DI KUALA SUNGAI BARU HAMPIR 90% ADALAH ORANG ISLAM,KENAPA NASIB KAMI TAK DIPERJUANGKAN??

2) ATAU PAS BERJUANG HANYA UNTUK ORANG ISLAM YANG MENYOKONG PAS ??KALAU TAK SOKONG PAS TAK BOLEH BANTU??

Parti Keadilan Rakyat

1)SELALU MEMPERJUANGKAN HAK MAJORITI KEADILAN SEMUA BANGSA….SEKARANG MAJORITI BANGSA MELAYU KUALA SUNGAI BARU  DI TINDAS OLEH SEBILANGAN KECIL BANGSA CINA YANG MEMPUNYAI KEKUATAN POLITIK DAN WANG ..APA TINDAKKAN PKR??

2) ATAU HANYA BANGSA CINA DAN INDIA SAJA YANG PKR BELA??

MCA

1)JANGAN JADI LALANG,KELUARKAN PENDAPAT MCA SENDIRI DENGAN TERANG BERKENAAN ISU INI,INI ADALAH ISU ALAM SEKITAR DAN ISU RAKYAT,ADAKAH KEPENTINGAN PERSEORANGAN MELEBIHI  KEPENTINGAN RAKYAT??

DAP

1)SILA LIHAT PERATUS BILANGAN KAUM DI DUN  KUALA SUNGAI BARU DAN LIHAT BERAPA RAMAI PENDUDUK ISLAM RAKYAT MALAYSIA,BUKAN RAKYAT UMNO,BUKAN RAKYAT PAS..TAPI RAKYAT MALAYSIA..BERAPA RAMAI YANG INGINKAN LADANG TERNAKAN BABI INI DI PINDAHKAN/DIHAPUSKAN..JADI APA JAWAPAN DAP DALAM HAL INI?

2)ADAKAH SLOGAN DAP MEMPERJUANGKAN HANYA RAKYAT CINA SAHAJA BETUL???

DAN KEPADA PARTI PARTI POLITIK YANG LAIN,SILA JAWAP JUGA KALU BERMINAT…

Masalah penduduk KUALA SUNGAI BARU di harap dapat sokongan dari pemimpin yang betul betul ikhlas dalam perjuangan politik mereka…

 

BERMINAT UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN MASALAH INI EMAIL SAYA di

HAJI ZAKARIA

protesbabi@yahoo.com

5 Comments

Filed under ali rustam, dap.mca.umno, keadilan.kuala sungai baru, malaysia, melaka, mic, najib, paklah, pas, pilihraya, politik

5 responses to “BABI YANG TAK HABIS DI MELAKA

  1. pada hemah saya, baik tuan puan penduduk k.sungai baru memboikot pilihan raya dun akan datg. tiada guna ya ada pemimpin di tempat anda yang tidak boleh menyelesaikan masaalah babi nie…hidup ketuanan melayu..ini bukan malaysia tp ini tanah melayu…..

  2. Salam ! tahniah Brother Z kerana telah menyediakan blog ini.Harap banyak lagi maklumat disalurkan.Saya amat simpati dengan pemasalahan ini.Saya juga ingin menyeru kepada pejuang bangsa Melayu dan Islam jadikanlah kawasan ini tempat pelancongan yang hebat yang bertaraf dunia bukannya tempat pembiakan babi terbesar di asia.tk

  3. masminkadad.

    Salam, kpd kerajaan negeri Melaka yg diperintah oleh Ketua menteri Melayu muslim dan bakal Tim.Perdana Malaaysia, wajar diselesaikan segera luahan hati Hj.Zakaria masaalah penternakan Khinzir yg menganggu penduduk muslim. Umno bukan main bising di selangor masaalah Babi rupanya di Melaka masaalah yg sama. Umno Selangor kena tolong Hj.Zakaria demon di depan pejabat Ketua Menteri Melaka urus masaalah Babi.

    Di Selangor penternakan babi sama usia dgn penternakan Babi di Melaka 50 tahun. Selama UMNO BN memerintah mcm tak bunyipun marah2 seperti skrg ni. Hai, xda percent kot. Senyap2 mohonlah bagian sikit dgn Datuk Khalid.

    Zmn BN perintah Selangor, exco sampai keGerman, berusaha mempelajari penternakan secara efisien dan berjaya dilaksanakan di Selangor. Jd Umno BN adalah pelopor utama penternakan babi di Selangor. Org UMNO tak bisingpun? Mungkin ada beza babi zmn Umno dan babi zmn PR.? Sya setuju dgn luahan rasa hj.zac, semua parti terutama parti BN bisu dgn masaalah hj zac ni.

    Umat Islam jgn keterlaluan sgt. isu babi ni. binatang ni pun makhluk Tuhan juga. Ada beza antara rasa jijik binatang tersebut dgn haram yg dimaksudkan dlm fiqah.Mohon lihat lagi bab ini lebih mendalam. Anjing dlm msyrkt melayu dipandang sgt sensitif krn faktur kenajisannya. Pd hal dlm ilmu fiqah- dibolehkan untuk berburu bersyarat. Ertinya anjing boleh dipelihara oleh orang Islam dlm batas yg diharuskan. Jijik krna budaya bukan krn ilmu- lebih parah apabila x jijik melihat org melayu tak mendirikan solat lima waktu dn kewajiban2 agama.

    Pd hal keperluannya adalah memindahkan ladang di kwsn yg x menganggu umat islam. Pun ladang ayam yg menganggu keharumannya juga perlu diteriakkan. Illatnya “harumnya” menganggu orang ramai.

    Masaalahnya apabila binatang ini dipolitikkan, ladang ayam kurang menyumbang membangkit emosi rakyat berbanding kawan yg satu. Mungkin ayam hanya utk KFC sahaja.

    saya yakin, masaalah ini disemarakkan oleh parti politik semata utk tumpang kenajisan babi demi merai sokongan rakyat.

  4. sam_mccoy

    Assalammualaikum tuan. Teruskan usaha tuan untuk membawa kesedaran akan masaalah babi ini ke pengetahuan umum. Insyaallah dalam masa terdekat akan berlaku perubahan untuk kebaikan penduduk Melayu / Islam yang terlibat. Jangan patah hati dan jangan patah semangat… kuatkan iltizam..

  5. Boycott

    Apaka kita sembahyang hajat beramai-ramai minta Allah buka hati pemimpin2 supaya lebih peka dengan masalah masyarakat diKSB dan membuat sesuatu.

Leave a comment